Sikap pemurah rakyat Malaysia punca lambakan pengemis asing

KOTA BHARU, 11 Syaaban 1438H, Isnin – Lambakan pengemis khususnya warga asing di negara ini dipercayai berpunca daripada sikap pemurah rakyat yang mudah bersimpati dengan mereka.

Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Roslan Baba berkata, pengemis menggunakan pelbagai cara bagi meraih simpati termasuk keadaan kesihatan mereka serta kanak-kanak yang dibawa sehingga mereka mampu meraih kutipan sehingga RM100 dalam tempoh tiga jam.

“Ada pengemis yang menggunakan kaedah keagamaan dalam mengutip derma sehingga mengelirukan masyarakat. Sekiranya mereka golongan asnaf, kerajaan sudah mempunyai saluran untuk membantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyertai kempen membanteras pengemis di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini, malam tadi.

Roslan berkata, pada musim perayaan, pengemis mampu meraih pendapatan sehingga ribuan ringgit disebabkan sikap pemurah rakyat negara ini.

Beliau berkata, dianggarkan 95 peratus pengemis di Kelantan adalah warga asing yang terdiri daripada warga Thailand, Myanmar dan Kemboja.

“Kebanyakan mereka ini dipercayai menyewa rumah di sini dan sekiranya ditangkap mereka akan dihantar pulang ke negara asal namun mereka tidak serik untuk kembali ke sini kerana jarak yang dekat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat dapat bersama dalam kempen membanteras pengemis sebelum ia menjadi “wabak” dalam masyarakat negara ini.- Bernama

The post Sikap pemurah rakyat Malaysia punca lambakan pengemis asing appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?