Skuad bomba akan ditubuh di sekolah pondok, tahfiz seluruh negara

TANJONG KARANG, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menubuhkan skuad bomba di setiap sekolah pondok dan tahfiz menjelang akhir tahun ini.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya menyasarkan penubuhan itu di 1,423 institusi pendidikan agama di seluruh negara.

Jelas beliau, setakat Mei tahun ini sebanyak 94 sekolah tahfiz telah berdaftar untuk menubuhkan skuad tersebut di sekolah masing-masing iaitu melibatkan 1,115 pelajar.

“Kebakaran membabitkan bangunan tahfiz dilaporkan meningkat setiap tahun dan setakat Mac tahun ini sahaja sebanyak 30 pondok, madrasah dan sekolah tahfiz musnah dalam kebakaran.

“Pada tahun lalu pula sebanyak 93 kes kebakaran dilaporkan berlaku membabitkan bangunan terbabit dengan kos kerugian RM7.4 juta berbanding 88 kes pada tahun 2016 dengan kos kerugian RM7.2 juta,” katanya selepas Majlis Pelancaran Skuad Bomba Tahfiz Negeri Selangor di Masjid Jamiul Hasanat, Batu 10.

Mengulas lanjut, Noh memberitahu, Skuad Bomba akan didedahkan dengan pengetahuan keselamatan seperti penggunaan alat pengesan api, alat pemadam api, kaedah pemadaman kebakaran dan prosedur menyelamatkan diri ketika kebakaran.

“Saya harap dengan tertubuhnya skuad ini anak-anak kita di tahfiz akan diberikan ilmu tentang cara-cara pencegahan, memadam dan menyelamatkan diri ketika kebakaran seterusnya mengurangkan insiden kebakaran di institusi pendidikan agama itu.

“Sebagai galakan penubuhan skuad ini di Selangor, RM5,000 diperuntukkan untuk mana-mana tahfiz yang menubuhkannya,” katanya.

The post Skuad bomba akan ditubuh di sekolah pondok, tahfiz seluruh negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian