SPRM tahan pengurus projek TNB terima rasuah BMW 5 Series

PUTRAJAYA , 14 Syaaban 1438H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu atas dakwaan rasuah membabitkan tender pembekalan barangan pengubahsuai­an pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sekitar Kuala Lumpur.

Antara yang ditahan adalah pengurus projek TNB berusia 55 tahun dan seorang lagi seorang wanita berusia 51 tahun merupakan pemilik syarikat pengubahsuaian.

Menurut sumber SPRM, pe­ngurus terbabit didakwa mene­rima sebuah kereta BMW 5 Series daripada wanita tersebut selaku pemilik syarikat pengubahsuaian sebagai habuan atas pemberian tender berkenaan.

“Sepatutnya agihan tender itu perlu dilakukan terhadap syarikat-syarikat panel di bawah TNB namun sebaliknya pengurus itu meluluskan tender kepada kontraktor lain.

“Pembekalan barangan tersebut dipercayai berlaku pada 2014 bagi mengubah suai beberapa pejabat TNB di sekitar ibu negara,” katanya.

Sumber SPRM ijuga memaklumkan, Mahkamah Majistret membenarkan kedua-dua suspek ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman.

The post SPRM tahan pengurus projek TNB terima rasuah BMW 5 Series appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian