Tahaluf siyasi PAS-PKR sah batal

BANGI, 14 Syaaban 1438H, Khamis – Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang hari ini memutuskan hubungan politik tahaluf siyasi antara mereka dengan PKR telah terbatal.

Menerusi kenyataan di portal Harakah Daily, Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Dato Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, keputusan itu ekoran daripada pelanggaran syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.

“Antara perlanggaran tersebut ialah idak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.

“Kedua, melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.

“Dan yang ketiga, khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” kata Zawawi dalam kenyataan itu.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat.

Pada 30 April lalu, Muktamar PAS Ke-63 meluluskan usul supaya parti itu bertanding di kerusi PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam muktamar itu juga, usul supaya tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan turut diluluskan.

Usul dikemukakan perwakilan daripada PAS Kawasan Kota Raja dan Kuala Terengganu, diluluskan tanpa bahas bersama tujuh lagi usul lain.

The post Tahaluf siyasi PAS-PKR sah batal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian