Tak masuk akal Nazri tuduh saya terima dana 1MDB, kata Shafie Apdal

KOTA KINABALU, 27 Syaaban 1438H, Rabu – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan dakwaan pernah menerima sebarang dana berkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presiden Parti Warisan Sabah itu menolak dakwaan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri yang mengaitkan beliau dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat manfaat daripada ‘derma’ yang diterima oleh Datuk Seri Najib Razak.

Ahad lalu, Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengakui bahawa beliau adalah antara penerima dana derma RM2.6 bilion, tetapi mendakwa Muhyiddin dan Shafie juga penerima besar dana berkenaan.

Bercakap kepada pemberita semalam, Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna menyifatkan dakwaan Nazri itu sebagai perkara yang tidak masuk akal dan palsu.

“Setakat yang saya tahu, Najib tidak pernah memberi saya apa-apa wang daripada 1MDB,” katanya.

Jelasnya, beliau hanya pernah berbincang dengan perdana menteri mengenai dana itu ketika dahulu berhubung bantuan untuk mengerjakan umrah.

The post Tak masuk akal Nazri tuduh saya terima dana 1MDB, kata Shafie Apdal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian