Tanah rizab Melayu tak patut dianaktirikan

­
KUALA LUMPUR, 13 Syaaban 1438H, Rabu – Perunding hartanah, Khairul Anuar Shaharudin berkata, tanah rizab Melayu dan hartanah Bumiputera tidak seharusnya dianaktirikan dengan anggapan sukar memberi pulangan yang baik sebagaimana hartanah lain.

Persepsi itu menurutnya adalah salah kerana hakikatnya banyak hartanah terutama di Lembah Klang mampu memberi pulangan yang baik.

Malah, beliau berkata, persoalan mengenai pulangan itu menduduki lima teratas yang dibangkitkan kebanyakan pihak berhubung tanah rizab Melayu dan hartanah Bumiputera.

“Mereka juga bertanyakan di mana lokasinya dan bagaimana hendak melakukan transaksi melibatkan hartanah-hartanah ini.

“Selain itu, adakah ia boleh dijual kepada orang bukan Melayu dan bukan Bumiputera serta kos untuk melakukan transaksi tersebut,” katanya yang mewakili firma guaman Khairul, Suhaila dan Hazlina.

Khairul Anuar merupakan antara penceramah sempena Konvensyen Hartanah anjuran Star Property di Sogo Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 11 sehingga 14 Mei ini.

Peguam dan usahawan yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang hartanah dan kewangan ini akan memberikan ceramah mengenai tanah rizab Melayu dan hartanah Bumiputera.

“Saya akan mengupas mengenai lokasi atau ‘hotspot’ dua jenis hartanah ini dan menjawab persoalan mengenai tanah rizab Melayu dan Bumiputera di Lembah Klang dan bagaimana situasinya di tempat-tempat lain,” katanya.

The post Tanah rizab Melayu tak patut dianaktirikan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian