Tempoh tunggu tunai haji dipendekkan kepada 50 tahun
BALIK PULAU, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Lembaga Tabung Haji akan memendekkan tempoh menunggu menunaikan haji bagi dari 89 tahun kepada 50 tahun.
Merujuk kepada lebih 2.5 juta pendeposit di negara ini, Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, perkara itu akan ditetapkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Tabung Haji dalam masa terdekat.
“Tempoh menunaikan haji boleh dipendekkan sekiranya negara kita memilik kuota jemaah yang tinggi kerana jumlah jemaah seramai 27,900 kepada 30,200 jemaah sebelum ini menyaksikan tempoh disingkatkan daripada 120 tahun kepada 89 tahun.
“Kemungkinan kita akan menerima penambahan kuota sehingga 35,000 dan KPI Tabung Haji menyasarkan sehinga 50 tahun,” katanya.
Penambahan kuota jemaah adalah hasil perbincangan selepas Raja Salman hadir lawatan ke Malaysia baru-baru ini.
Januari lalu, kuota haji Malaysia telah dikembalikan kepada 27,900 berbanding 22,230 orang sejak tahun 2013.
The post Tempoh tunggu tunai haji dipendekkan kepada 50 tahun appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan