The Star komunis, anti-Islam… opss Pedang minta maaf

AWAL-AWAL lagi Pedang minta maaf jika apa yang ditulis ini menguris perasaan orang kafir dan golongan munafik.

Pedang pun ikut cara mereka juga. Pukul dulu kemudian minta maaf. Lakukan kerosakan dahulu, kemudian minta maaf. Pedang harap pihak berkuasa tak marah atau tak ambil tindakan kepada Pedang, kerana pihak berkuasa pun tak pernah ambil apa-apa tindakan tegas sebagai pengajaran kepada mereka yang melakukannya sebelum ini.

Mereka sering menghina Islam, kemudian minta maaf dan pihak berkuasa tak beri pengajaran secukupnya. Kalau setakat beri amaran sahaja, Pedang sanggup terima. Tapi yang peliknya, bila Islam dihina, kerajaan tak tutup media terbabit. Sebaliknya, kalau kerajaan dihina, dibongkar skandal membabitkan pemimpin kerajaan dan UMNO, media itu ditutup.

Demikian juga sehari dua ini heboh diperkatakan mengenai muka depan akhbar The Star bertarikh 27 Mei 2017 iaitu Sabtu lalu. Tajuk besar muka depan ‘Malaysian terrorist leader’, manakala gambar besar lebih daripada separuh muka pula menunjukkan umat Islam sedang mengerjakan solat Tarawih.

The Star, walaupun memohon maaf selepas mendapat kritikan umat Islam berikutan cara muka depan dipersembahkan, tetap cuba menegakkan benang basah, apabila menyatakan ‘It has been the practice of The Star to respect the first day of Ramadan every year and to place the picture of Muslims at the first terawih prayers on the front page of the paper. This has been done over the last decade or so‘.

Sambung The Star lagi: “This year, there was an unfortunate coincidence of the lead story being of a terrorist leader, that led to many linking the headline and the picture, which was never the intention of the newspaper“.

Selepas melakukan kerosakan, mereka minta maaf… Bagi mereka senang sahaja, umat Islam boleh maafkan jika mereka memohon maaf. Kan menjadi tuntutan dalam Islam untuk memaafkan. Demikianlah cara dan kesempatan diambil musuh Islam sekarang ini, untuk merendahkan martabat Islam dan umatnya, kemudian minta maaf.

Merekal lakukan kerosakan dan kemudian memohon maaf. Mereka sebenarnya semakin gelisah, geram dan hati mereka gundah gulana apabila terlihat akan kebangkitan Islam.

Maka semakin gelisah juga mereka apabila penganut Hindu, Buddha, Kristian atau yang tidak beragama, kini semakin mendekati Islam, mendalami agama dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, dan akhirnya mengucap dua kalimah syahadah.

Begitu juga mereka ketakutan apabila pendakwah terkenal dunia, Dr Zakir Naik mendapat taraf penduduk tetap Malaysia, yang mereka rasa boleh mengancam agama mereka. Berbeza dengan orang Buddha dan Kristian, penganut Hindu di negara ini teramat risau dengan kehadiran Zakir Naik, yang berasal dari India dan pakar dalam perbandingan agama.

Maka, mereka merencanakan sesuatu bagi memburukkan imej Islam, agama atau umatnya. Bagi akhbar dan media berfahaman liberal dan sekular dan pengampu Yahudi, atau yang anti-Islam, mereka berikhtiar pelbagai cara untuk menunjukkan keburukan Islam. Berita-berita yang memberi gambaran buruk dan merosakkan imej Islam diperbesar-besarkan, dijadikan isu setiap hari.

Berita-berita perbalahan antara pemimpin agama, termasuk mufti-mufti sekarang ini dijadikan bahan bagi menunjukkan ketidaksepakatan ulama Islam, sedangkan mereka tidak tahu bahawa ada kebaikan umat Islam berbeza pendapat sebagaimana perbezaan Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hambali.

Tetapi itulah yang mereka gembar-gemburkan, bagi menunjukkan keburukan Islam dan umatnya. Pedang akui, niat adalah perkara ghaib yang hanya Allah Taala sahaja yang tahu. Tiada siapa yang tahu niat seseorang. Begitu juga dengan ‘ikhlas’ adalah perkara ghaib.

Tapi dalam penulisan sesuatu berita, selain sejarah media itu sendiri – sebagaimana The Star yang sentiasa berulang menghina Islam setiap kali Ramadan – Pedang sudah boleh mengagak, apa niatnya sesuatu berita itu disiarkan.

Pedang sudah berkecimpung dalam dunia media lebih 30 tahun. Daripada akhbar bersaiz broadsheet hingga menjadi tabloid. Pedang tak lah sehebat A Kadir Jasin, Zainuddin Maidin (Zam) atau Allahyarham A Samad Ismail.

Rencah dunia persuratkhabaran pernah Pedang lalui. Daripada mencari berita, membuat berita, mengedit berita hinggalah menetapkan layout muka depan dan di dalamnya, malah menjadi kumpulan gerak gempur dan propaganda. Jika benar-benar dikaji, semua tugas itu sebenarnya ada hubung kait dengan ideologi media itu sendiri.

Jika media itu berideologi liberal dan sekular, maka berita-berita dan layout media itu juga bersifat liberal dan sekular. Jika menyiarkan berita mengenai Islam pun, mereka akan lebih menjurus kepada fahaman liberal dan sekular, selain memutar belit. Mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Begitu juga jika media yang anti-Islam. Mereka juga akan menyiarkan berita-berita mengenai Islam, tetapi berita yang disiarkan itu menunjukkan keburukan Islam atau nampak seolah-olah Islam dan umatnya jahat, taksub, tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia.

Itulah apa yang digambarkan oleh The Star, Sabtu lalu, apabila layout muka depannya menggambarkan umat Islam adalah kumpulan pengganas.

Pedang meneliti berita yang disiarkan The Star, Sabtu lalu dan mendapati suatu fakta penting iaitu ‘Malaysian terrorist leader’ adalah berita eksklusif akhbar terbabit. Tidak ada media lain yang memperoleh atau membuat berita sedemikian. Oleh itu, berita berkenaan sepatutnya boleh disimpan terlebih dahulu, supaya tidak ‘terkait’ dengan gambar yang digunakan yang menurut mereka ‘this has been done over the last decade or so‘.

Pedang percaya dalam otak kumpulan ‘think tank’ jabatan editorial The Star yang membuat keputusan dalam mesyuarat harian, sudah menetapkan kesesuaian berita utama dan gambar seperti yang disiarkan Sabtu lalu, bertujuan mengaibkan Islam. Berita utama dan gambar disiarkan The Star pada muka depannya itu sebenarnya BUKAN KEBETULAN, seperti mereka dakwa.

Pedang cuma bimbang, tahap kesabaran umat Islam akan hilang. Jika suara mereka tidak didengar, jika tulisan mereka diketepikan, jika amaran mereka tidak diendahkan, mungkin suatu hari akan meletup, baru semua pihak buka mata.

Sebagaimana hilangnya pertimbangan sesetengah pihak yang akhirnya menyertai kumpulan militan mengangkat senjata, memakai jaket bom, kerana agama Islam dihina, manakala kerajaan tidak berbuat apa-apa. Insya-Allah Pedang tidaklah sampai ke tahap itu. Tapi, kita tak tahu apa akan berlaku masa depan. Berserah kepada Allah SWT.

Kata Pedang: Tak mungkin permit The Star digantung sementara, seminggu dua susulan berita dan gambar muka depan Sabtu lalu. Habis sangat beri amaran saja. Itulah sahaja yang mampu kerajaan sekarang lakukan. Takut dan nak jaga sangat چينا apa lagi negara sedang mengemis wang mereka.

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu.

The post The Star komunis, anti-Islam… opss Pedang minta maaf appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian