Tiada lagi penggunaan nama ‘Malacca’: Kerajaan negeri

MELAKA, 7 Syaaban 1438H, Khamis  – Kerajaan Negeri Melaka memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka telah memutuskan nama ‘Malacca’ yang lazim digunakan dalam Bahasa Inggeris tidak lagi diguna pakai sebaliknya digantikan dengan nama ‘Melaka’.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Naim Abu Bakar berkata, sehubungan itu semua akhbar dan media sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau lain-lain bahasa hendaklah menggunakan nama ‘Melaka’ dalam penulisan atau sebutan pada setiap penerbitan mereka.

“Penyelarasan ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan penggunaan nama ‘Melaka’ sama ada dalam bentuk penulisan atau sebutan dalam semua media khususnya yang berbahasa Inggeris,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri berharap penyelarasan penggunaan nama Melaka ini dihebahkan kepada semua pihak yang terlibat dan kerjasama pihak media dalam menyokong penggunaan nama Melaka amat disanjung tinggi dan dihargai oleh Kerajaan Negeri Melaka. – Bernama

The post Tiada lagi penggunaan nama ‘Malacca’: Kerajaan negeri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?