Trump pertimbang pindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis

WASHINGTON, 6 Syaaban 1438H, Rabu – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mempertimbangkan secara serius untuk memindahkan kedutaan AS di Israel ke Baitulmaqdis, kata Naib Presiden AS Mike Pence pada Selasa, lapor agensi berita China, Xinhua.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Hari Kemerdekaan Israel.

Selain itu katanya, Presiden AS juga secara peribadi komited untuk menyelesaikan konflik Israel dan Palestin.

“Bagaimanapun, usaha itu masih tidak jelas akan menyumbang kepada resolusi konflik Israel-Palestin kerana langkah memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis merupakan satu kontroversi yang pasti menimbulkan kemarahan dunia Arab,” katanya.

Perkara itu bukan kali pertama dinyatakan anggota pentadbiran Trump pengumuman terbaru mengenai hasrat memindahkan pejabat kedutaan itu dinyatakan sekali lagi ketika lawatan Presiden Palestin Mahmoud Abbas ke Rumah Putih pada Rabu.

Setakat ini, tiada sebarang maklum balas daripada pihak Palestin mengenai tindakan AS itu.

Status Baitulmaqdis terus menjadi antara isu utama dalam konflik Israel-Palestin.

Setakat ini, masyarakat antarabangsa tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan tiada satu pun negara asing menempatkan kedutaan di bandar berkenaan.- Bernama

The post Trump pertimbang pindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?