Trump tidak rancang umum pemindahan kedutaan AS ke Jerusalem

WASHINGTON, 21 Syaaban 1438H, Khamis – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tidak merancang untuk mengumumkan penempatan semula kedutaan AS di Jerusalem dalam lawatannya ke Israel nanti, kata pegawai kanan pentadbiran.

Katanya, pentadbiran presiden AS itu tidak mahu merumitkan usaha untuk meneruskan proses damai di antara Israel dan Palestin dengan mengumumkan perkara itu.

Sebaliknya pegawai itu mendakwa, Trump akan menggalakkan negara-negara Teluk untuk membentuk satu pasukan Timur Tengah seperti Atlantic Alliance, ketika lawatannya ke Arab Saudi minggu depan.

Mac lalu, Naib Presiden AS, Mike Pence memaklumkan bahawa pentadbiran negara itu mungkin akan memindahkan kedutaan di Israel dari Tel Aviv ke Jerusalem.

Pence berkata, pemindahan itu adalah antara perkara serius yang bakal diambil oleh Trump apabila berulang kali bercakap ketika kempennya tahun lalu.

Bagaimanapun, usaha itu menjadi isu kontroversi yang sering dibahaskan dan masih ditangguh sejak Trump mengambil alih kuasa sebagai presiden.- Agensi

The post Trump tidak rancang umum pemindahan kedutaan AS ke Jerusalem appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian