TRX, Bandar Malaysia umum RFP tak lama lagi

KUALA LUMPUR, 20 Syaaban 1438H, Rabu – TRX City Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Sdn Bhd akan mengumumkan proses permohonan bagi cadangan (RFP), menjemput pernyataan minat untuk menjadi pemaju utama Bandar Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dilantik sebagai Pengerusi bagi kedua-dua TRX City dan Bandar Malaysia.

“Irwan Serigar akan menerajui satu pasukan dengan tanggungjawab penuh bagi projek terbabit, selain penunaian baki aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Selain itu, untuk memastikan negara dan rakyat meraih sebanyak mungkin manfaat, Kementerian Kewangan akan mengekalkan 100 peratus kepentingan Bandar Malaysia,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan. – Bernama

The post TRX, Bandar Malaysia umum RFP tak lama lagi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian