UMNO jadikan bangsa Melayu bangsat, paria

TULISAN di bawah dipetik daripada komen netizen terhadap tulisan terbaharu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahatir Mohamad, dalam blog beliau hari ini yang berudul ‘Sayang bangsa dan negara’.

Salam Tun Mahathir,

Memang benar perjuangan pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ini tidak lagi menerapkan kepada ahli-ahli untuk mengangkat martabat bangsa dan negara.

Pemimpin UMNO sekarang menggunakan keseluruhan jentera parti untuk menyelamatkan diri sendiri, kroni dan kaum keluarga dengan menggandakan kekayaan diri dan rakan-rakan tanpa mempedulikan apa yang akan dan bakal terjadi kepada bangsa yang sekian lama menyokong mereka.

UMNO bukan lagi parti yang mengangkat ekonomi orang Melayu, bukan lagi mempertahankan hak istimewa orang Melayu. UMNO telah bertukar kepada parti persendirian kepada orang tertentu untuk melindungi jenayah yang sedang dilakukannya dan dikongsi bersama dengan kroni-kroninya. Kroni-kroni pula setelah mendapat habuan (dedak), akan menyokong pemimpin korup mereka tanpa limit.

Apa nasib orang Melayu selepas ini?

Melayu hanya akan terbahagi dua. Satu pihak, kaya. Satu pihak, miskin.

Melayu tanpa semangat kebangsaan lagi akan menjadi Melayu kaya bersifat sementara dengan wang yang banyak dengan cara menjual aset negara kepada penawar tertinggi. Melayu ini akan menjadi kaya. Mereka akan menukarkan style kehidupan mereka seperti golongan bangsawan. Bagi mereka kenaikan harga barang dan perkhidmatan tidak menjejaskan mereka.

Mereka mampu malahan mereka menyatakan sekarang bahawa golongan Melayu yang membising dengan kenaikan harga barang adalah golongan Melayu yang bodoh yang tidak dapat merebut peluang yang ada.

Bagi Melayu yang miskin, mereka ini juga tidak mempunyai semangat kebangsaan. Mereka menjadi miskin akibat daripada kesilapan mereka sendiri dengan mempercayai bahawa pemimpin mereka yang telah memberikan hasil jualan aset negara, akan berterusan menolong mereka.

Jadinya, Melayu kaya dan miskin selepas ini akan terus bersalahan. Melayu kaya kata apa lagi Melayu miskin mahu dan Melayu miskin tanya kenapa kami tidak dibantu seperti yang kamu semua janjikan.

Apa yang menjadi malang ialah oleh kerana ketiadaan semangat kebangsaan, tiada siapa yang ambik peduli kepada Melayu miskin dan Melayu kaya ini. Lantaklah kerana kuasa politik Melayu adalah ehsan bangsa lain yang lebih bersatu.

Kehidupan perlu diteruskan.

Biarlah bangsa Melayu yang berpecah ini bercakaran sesama sendiri sehingga kiamat kerana Raja-Raja tidak peduli, pemimpin tidak peduli, orang agama tidak peduli dan rakan sekampung dan jiran-jiran sibuk menjaga hal urusan cari makan seharian.

Siapa mahu peduli pasal Melayu?

Melayu yang malas, Melayu yang tidak berusaha, Melayu yang apabila berada di atas telah mengambil kesempatan (sehingga) tahap maksimum dengan membohongi dan menggadai prinsip bangsa serta menarik balik hak istimewa Melayu serta subsidi dan biasiswa.

Dengan cara politik baru orang Melayu yang hanya melihat wang, saya percaya akan terjadi seperti yang telah terpandang oleh Tun akan masa depan Tanah Melayu ini.

Melayu akan semakin korap, bangsat dan berkasta paria di dalam jangka masa 10 ke 20 tahun lagi. Walaupun mungkin Melayu masih berpakaian elok, memandu kereta dan berumahtangga, Melayu akan kehilangan hak sebagai tuan di negara ini, Melayu akan diherdik dan diterjah sebagai jaga dan driver, Melayu sebagai tukang kebun di rumah rumah towkay (touke) atau sebagai pencuci kolam renang.

Melayu akan sentiasa terkenang bagaimana hebatnya 4 Perdana Menteri asal Tanah Melayu dan tertunggu-tunggu bilakah penyelamat bangsa Melayu akan kembali menyatukan bangsa yang sudah lunyai ini.

Pada masa Melayu tidak memikirkan soal semangat kebangsaan, Melayu miskin hanya akan terlihat sebagai malas, bodoh dan tidak mempunyai inovasi dan bukan sahaja diherdik dan sergah oleh bangsa lain tetapi juga diterjah dan diherdik oleh bangsa sendiri.

Demikian lah apa yang akan terjadi apabila secara sistematik bangsa Melayu dilumpuhkan dari semangat kemelayuan, jati diri dan menjadi robotik remote control.

Terima kasih Tun. Saya doakan Tun berdua selamat dan dilindungi Allah serta diberi kesihatan yang baik.

Wassalam.

Ismadi

The post UMNO jadikan bangsa Melayu bangsat, paria appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian