Unit 180 Korea Utara dalang serangan ‘Ransomware’

SEOUL, 25 Syaaban 1438H, Isnin – Agensi perisikan utama Korea Utara, Unit 180 didakwa menjadi dalang serangan siber Ransomware yang menjejaskan lebih 300,000 komputer di 150 negara minggu lalu.

Pakar keselamatan internet memaklumkan, pihaknya menemui bukti teknikal yang mengaitkan negara itu dengan serangan siber Ransomware WannaCry.

Bekas Profesor Sains Komputer negara itu, Kim Heung-kwang berkata, kumpulan ‘penjenayah siber’ terancang di Pyongyang se­perti Unit 180 menyasarkan untuk memperoleh wang tunai daripada mangsa mereka.

Katanya, Unit 180 merupakan sebahagian daripada rangkaian Biro Umum Reconnaissance (RGB) iaitu agensi perisikan utamanya di luar negara.

“Unit 180 ini terlibat dengan aktiviti penggodaman institusi kewangan dengan melanggar syarat-syarat yang ditetapkan termasuk mengeluarkan wang daripada akaun bank,” katanya lagi.

Sebelum ini, Korea Utara pernah didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan penggodam, Lazarus yang dikaitkan dengan kejadian rompakan siber di bank pusat Bangladesh tahun lepas.

Selain rompakan yang menyebabkan kerugian sehingga AS$81 juta (RM349.92 juta) itu, Lazarus turut dikaitkan dengan kejadian serangan di studio Hollywood, Sony pada 2014.

Susulan itu, Amerika Syarikat (AS) dikatakan menuduh Korea Utara bertanggungjawab terhadap ke­dua-dua insiden berkenaan.

Bagaimanapun, Korea Utara menafikannya dan menganggap dakwaan tersebut sebagai ‘tidak masuk akal’. -Agensi

The post Unit 180 Korea Utara dalang serangan ‘Ransomware’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian