Video tular dua wanita dicukur kepala bukan di Malaysia: Polis

KUALA LUMPUR,11 Syaaban 1438H, Isnin – Insiden dua wanita dicukur kepala oleh sekumpulan lelaki yang videonya menjadi tular berlaku dalam negara ini adalah tidak benar.

Ketua Komunikasi Korporat Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datin Asmawati Ahmad berkata, berdasarkan hasil siasatan, kejadian itu dalam video itu berlaku di Maracaibo, Venezuela pada 2016.

“Ia bukan berlaku di Malaysia sepertimana difitnah pihak tidak bertanggungjawab yang menjadikan video dan mesej berbaur perkauman itu tular,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam video berdurasi dua minit itu menunjukkan seorang wanita duduk di bangku plastik dengan seorang lagi wanita berdiri di belakangnya.

Mereka dikelilingi sekumpulan lelaki di dalam sebuah kedai menjual pakaian. Salah seorang daripada mereka memegang rambut mangsa yang duduk di kerusi dan bertindak mencukur kepalanya.

Manakala, seorang lagi mangsa dilihat sedang bercakap dengan salah seorang lelaki sebelum dia diarahkan duduk di kerusi dan dicukur kepalanya.

Mengulas lanjut, Asmawati berkata, polis telah mengesan sebaran video berserta mesej mendakwa kedua-dua wanita berbangsa India itu ditangkap kerana mencuri di kedai milik peniaga Melayu dan sebagai hukuman kepala mereka telah dicukur.

“Ekoran itu, terkesan pelbagai reaksi berbaur perkauman yang dikongsi secara meluas di media sosial dan rangkaian komunikasi lain,” katanya.

Sumber: Mynewshub Channel

The post Video tular dua wanita dicukur kepala bukan di Malaysia: Polis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian