Wanita Isma nasihat Zainah Anwar bertaubat segera

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyeru aktivis liberal, Zainah Anwar agar segera bertaubat susulan kenyataannya yang menyebut perempuan tidak memerlukan wali untuk berkahwin.

Zainah yang juga salah seorang pengasas Sisters in Islam (SIS) berkata demikian pada Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI) di kota Cirebon, Indonesia baru-baru ini yang mengumpulkan lebih 252 wakil seluruh negara.

Kesal dengan kenyataan bertentangan dengan hukum Islam itu, Ketua Wanita Isma, Ustazah Dr Norsaleha Mohd Salleh berkata, menuntut sesuatu yang bukan sepatutnya adalah seperti mencabar dan tidak percaya kepada keadilan Allah SWT.

“Jangan cabar kuasa dan ketentuan Allah. Islam tidak pernah mendiskriminasikan wanita. Penentuan imam solat, wali nikah, pembahagian harta pusaka adalah berdasarkan keadilan Allah SWT,” katanya kepada Ismaweb.net.

Bimbang dengan pandangan Zainah yang tidak berasakan hukum syariah sebenar, Ustazah Norsaleha meminta agar Zainah segera kembali ke jalan yang benar.

“Saya menyeru Zainah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan sebelum terlewat. Pintu taubat masih terbuka dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,” nasihatnya.

The post Wanita Isma nasihat Zainah Anwar bertaubat segera appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian