Waspada terhadap sindiket guna Ramadan untuk mengutip wang

KOTA BHARU, 2 Ramadan 1438H, Ahad – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengingatkan umat Islam supaya berwaspada dalam memberi sedekah kepada pengemis pada bulan Ramadan bagi mengelakkan menyumbang untuk pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, meskipun ia adalah perkara biasa bagi umat Islam bersedekah terutama dalam bulan Ramadan, namun ia perlu berhati-hati supaya tidak menyumbang kepada sindiket mengemis yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

Katanya, sesetengah umat Islam mungkin tidak menyedari perkara itu dan menyalurkan wang mereka terhadap pihak yang dianggap tidak berhak menerimanya.

Mohamad Shukri berkata, sindiket berkenaan cenderung menggunakan wanita, warga tua dan kanak-kanak untuk mengutip derma bagi kepentingan peribadi mereka.

“Tidak salah untuk menderma wang kepada mereka yang kurang bernasib baik termasuk pengemis dan anak-anak yatim, kerana ia adalah sebahagian daripada tuntutan agama.

“Tetapi saya takut apabila sesetengah pihak mengambil kesempatan daripada sifat pemurah orang lain untuk mendapatkan wang dengan mudah,” katanya.

The post Waspada terhadap sindiket guna Ramadan untuk mengutip wang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian