Aidilfitri disambut dengan solat sunat, rumah terbuka

KUALA LUMPUR, 1 Syawal 1438H, Ahad – Cuaca baik menyambut ketibaan Syawal tatkala umat Islam merayakan Aidilfitri dengan menunaikan solat sunat di masjid dan surau, mengadakan rumah terbuka dan mengunjungi sahabat handai dan saudara-mara. Hujan di sesetengah kawasan disambut sebagai  satu rahmat.

Kebanyakan umat Islam menyambut Aidilfitri di kampung halaman masing-masing, yang mula pulang beberapa hari lepas sehingga semalam. Mereka turut disertai ramai kalangan bukan Islam yang mengambil peluang cuti panjang bersempena perayaan itu .

Pemilik kenderaan mendapati mereka dapat melakukan perjalanan lebih jauh susulan penurunan harga runcit minyak sejak dua minggu lepas dengan harga RON 95 kini RM1.91 seliter. Mereka yang melakukan perjalanan hari ini pula berpeluang mendapat diskaun kadar bayaran tol.

Kerajaan turut sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat untuk menyambut Aidilfitri. Penjawat awam menerima bantuan khas  Aidilfitri sebanyak RM500 awal bulan ini. Pesara turut tidak dilupakan, mereka menerima RM250.

Skim kawalan harga barang keperluan yang dilaksanakan pada setiap musim perayaan turut memastikan beberapa barang keperluan ditetapkan pada harga munasabah dan lebih ekonomik untuk rakyat. – Bernama

The post Aidilfitri disambut dengan solat sunat, rumah terbuka appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian