Ayah Yang Hebat Takkan Benarkan Anak Perempuannya Dibawa Keluar Oleh Lelaki Bukan Mahramnya, Hatta Tunang Sekali Pun


Viral apabila seorang seorang lelaki menghantar mesej kepada ayah kepada seorang gadis, meminta izin untuk membawa si gadis tersebut keluar dan berbuka puasa di rumahnya (bersama ibunya). 13 ribu likes dan dikongsi lebih 6ribu kali. #AmboiAmboiAmboi.

Konon-kononnya, apabila si lelaki meminta izin si ayah, sweetlah? Maaflah, ini bukan manis yang sedap, ini ‘manis yang menyebabkan diabetes’!

Mai sini dengaq aku nak habaq mai!

1) MANA BOLEH KELUAR BERDUA TANPA MAHRAM!

Aspek lelaki bukan mahram berdua-duaan dengan perempuan bukan mahram bukan teraplikasi di dalam bilik sahaja, tetapi juga di dalam kereta. Antara seorang lelaki dan seorang perempuan, kena ada ORANG KETIGA, iaitu seorang manusia.

Si lelaki tersebut kena tulis, “Saya akan ambil Shahirah dari rumah, MAK SAYA IKUT SEKALI DALAM KERETA, berbuka puasa di rumah dan selepas makan, SAYA DAN MAK SAYA AKAN HANTAR DIA BALIK” sekurang-kurangnya macam ini, barulah dibenarkan.

Kalau tiada orang ketiga, SYAITANLAH YANG JADI ‘ORANG KETIGA’ dan siapa tak tahu apa yang syaitan boleh buat kepada dua orang lelaki-perempuan ini?

Nanti-nanti adalah orang back-up, “Bang, diorang nak pergi berbuka puasa di bulan Ramadhan, Bang. Syaitan diikat sepanjang Ramadhan ini. Tak ada setan, Bang. InsyaAllah tak jadi apa-apa…”

Amboi, amboi, amboi… Kalaupun syaitan diikat, hang ingat NAFSU pun diikat sama? Si lelaki tu ada nafsu, si perempuan tu ada nafsu. Ingat bulan Ramadhan, nafsu jadi off ke?

Nanti-nanti adalah orang back-up, “Bang, bulan Ramadhan ni, Bang, semua orang berpuasa. Diorang pun orang beriman, Bang. Diorang kan puasa tu. Puasa itulah mencegah diorang daripada buat maksiat, apatah lagi dosa walaupun diorang berdua je..”

Amboi, amboi, amboi… Keluar berdua tu dah maksiat dah. Kalau betul-betul beriman, awal-awal lagi dia tak fikir nak bawa anak gadis orang keluar tanpa ikatan perkahwinan, tau tak? Mesej minta nak nikahlah, baru jantan.

2) HANG CONFIRM KE MAK DIA ADA? ATAU ITU HANYALAH ALASAN MENCANTIKKAN AYAT NAK MESEJ?

Si ayah tu, baik sangat tu, apa kes?

Si lelaki kata, nak ajak berbuka puasa di rumah. Cuba cerita sikit, kalau sekadar 1 mesej itu sahaja, apa jaminan si lelaki akan betul-betul bawa berbuka di rumah?

Si lelaki kata, nak ajak berbuka puasa bersama Mak. Cuba cerita sikit, kalau sekadar 1 mesej itu sahaja, apa jaminan MAK akan betul-betul ada sekali semasa berbuka puasa tersebut? Atau perkataan ‘mak’ sekadar buat AYAT PANCING nak kasi nampak gentlemen, atau nak bagi ayat cantik je?

Tiada jaminan, oit!

Kalau Mak dia ikut sekali datang pick-up, baru nampak ada jaminan SIKIT. Sikitlah, bukan banyak pun.

3) KENAPA TAK AJAK SI AYAH SEKALI?

Kalau betullah gentlemen, dan “Mak ada masakkan lebih”, kenapa ajak si anak gadis sahaja, TAK AJAK SI AYAH SEKALI?

Ajak si ayah sekalilah, oit! Baru gentlemen, baru nampak hero, baru nampak macho, baru nampak serius, baru nampak nak merapatkan ukhwah, baru betul nak menjalin silaturrahim.

Kalau nak nampak lebih #respek lagi, biar si anak gadis makan dengan mak, si lelaki makan dengan si ayah. Boleh nak interview ke, nak berkenalan ke, face to face, antara wanita dan wanita, antara lelaki dan lelaki, baru betul.

Amboi, amboi, amboi… Ajak si gadis tu sorang diri, nampak benar GATAL nak bawa anak orang keluar je…
Ajak satu keluargalah senang. Atau tak ada bajet?

Ayat “Mak ada masakkan lebih” tu saya tak suka. Macam nak bagi kucing je… #JustSaying.

4) INILAH MASALAH ORANG KITA, YANG TAK BAIK DINAMPAKKAN SEBAGAI BAIK

Silap pertama adalah apabila si tuan punya badan meng-upload ‘kisah’ tersebut seakan-akan nak tunjuk macho-nya pakwe dia… Dia ingat ini kisah syurga ke?

Silap kedua dan sangat besar juga, saya sangat sangsi dan benci dengan sesetengah media yang suka mem-viral-kan kisah-kisah sebegini seakan-akan ini adalah kisah syurga. Hang tau dak ini boleh membawa kepada neraka? Saya bukan Tuhan nak tetapkan syurga-neraka, tetapi cara hang ni cara DOSA (=neraka).

5) NASIHAT UTAMA KEPADA IBU BAPA!

Ibu bapa perlu ajar anak-anak gadis tentang erti kewanitaan sebenar dan mahalnya harga diri seorang wanita. Anak-anak gadis dan wanita perlu faham tentang maruah dan betapa tidak ternilainya harga diri sendiri.

Jangan bagi tengok drama atau filem yang mana heroinnya berperangai jahil, suka menengking orang termasuk suami sendiri, tidak segan silu menderhakai ibu bapa, apatah lagi sikap jantan dan tomboy. Wanita dan gadis biar reti maksud kesopanan, santun dan kewanitaan, sifat seorang isteri yang membawa ke syurga. Biar wujud sifat menjaga diri dan malu. Bak pohon semalu yang kuncup apabila disentuh, melindungi diri daripada dilihat orang dan tidak berlebih-lebihan dalam menonjolkan diri.

Jangan bagi tengok drama atau filem yang mana heroinnya menunjukkan tahap manja yang melampau, atau gedik yang menyakitkan hati. Wanita dan gadis biar ada maruah dan harga diri. Biar jadi mahal dan sukar dipetik. Bak bunga mawar yang cantik dan menawan, tetapi dilindungi oleh duri-duri tajam menjadi senjata buat tangan-tangan jahat yang mahu menyentuhnya.

Ibu bapa perlu ajarkan anak-anak lelaki tentang perasaan menghargai, kasih dan penuh perhatian kepada ibunya, dan adik-beradik perempuannya. Pemuda dan lelaki perlu faham erti menghormati wanita.

Jangan bagi tengok drama atau filem yang mana heronya suka membentak-bentak ibunya. Lelaki yang berkeras dengan ibunya pasti melakukan hal yang sama kepada isterinya. Lelaki patut tahu tentang berbuat baik kepada ibu.

Kerana lelaki yang berbuat baik kepada ibunya, pasti akan memperlakukan yang sama untuk isterinya. Biar jadi lelaki sopan, sejuk mata memandang walaupun wajah tidak setampan bulan purnama tetapi akhlaknya seindah bunga-bungaan di syurga.

Jangan bagi tengok drama atau filem yang mana heronya playboy, kasanova dan suka menggedik tanpa sempadan pergaulan, mengayat perempuan dengan pelbagai pick-up line dan berfoya-foya. Harapkan muka kacak tapi hati hitam, harapkan badan sado tapi otak tak boleh pakai. Biar jadi lelaki acuan al-Qur’an, yang mendahulukan Allah dalam segala hal, yang menjadikan akhirat panduan hidupnya. Muka tak handsome tak apa asalkan air muka jernih dek air wudhu’ yang menenangkan.

6) NASIHAT KEPADA PARA REMAJA

Tak payahlah couple-couple ni. Tak payahlah… Keluar berdua-duaan lelaki dan perempuan bukanlah cerita syurga, Dik. Itu kisah neraka, Dik. Bercinta bagai nak rak, rupa-rupanya ikut panahan syaitan, tak rasa rugi ke?

Kepada para gadis, wanita dan perempuan,
JADILAH WANITA YANG MAHAL AGAR SUATU HARI NANTI ALLAH SWT HANTARKAN LELAKI YANG MAHAL MENJADI SUAMIMU.

Kepada para pemuda, lelaki dan jantan macho,
JADILAH LELAKI YANG MENGHORMATI WANITA SEPERTIMANA KAU MENGHORMATI IBUMU DAN MELINDUNGI SAUDARA-SAUDARA PEREMPUANMU. Bukan bermudah-mudah angkut anak dara orang ke situ ke sini.

CINTA HALAL ADALAH HALAL

CINTA HARAM ADALAH HARAM

Can’t we be clear on this?

AYAH YANG HEBAT, DIA TAKKAN BENARKAN ANAK PEREMPUANNYA DIBAWA KE HULU KE HILIR OLEH LELAKI BUKAN MAHRAMNYA, HATTA TUNANG SEKALI PUN.

Bernikahlah TANPA COUPLE. Banyak caranya. Boleh baca buku #HikayatBernikahTanpaCouple Jilid 1 dan 2 juga kalau mahu.

Dr Syahr Musafir

Sumber: Syahr Musafir

The post Ayah Yang Hebat Takkan Benarkan Anak Perempuannya Dibawa Keluar Oleh Lelaki Bukan Mahramnya, Hatta Tunang Sekali Pun appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian