Belum ada kata sepakat calon PM: Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 14 Ramadan 1438H, Jumaat – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil pendekatan berdiam diri berkaitan dengan calon Perdana Menteri untuk pakatan harapan.

Ini kerana, menurutnya, sekiranya pemimpin pakatan harapan berterusan dengan isu ini, implikasinya adalah pada pengundi.

“Selagi tak capai kata sepakat, elok tidak keluar apa-apa kenyataan kerana ia boleh jejaskan keyakinan pengundi.

“Rakyat sekarang mahukan pemimpin yang boleh memimpin negara, tidak kira individu daripada mana-mana parti pun, asalkan layak, tentu disokong,” katanya ketika sidang media Bersatu.

Pada masa sama, Muhyiddin meminta pemimpin yang dipilih tidak ada sikap mementingkan parti berbanding rakyat.

“Pemimpin tidak boleh bersikap pentingkan parti melebihi rakyat kerana apa yang rakyat inginkan adalah lebih penting daripada apa yang parti mahukan,”katanya lagi.

Terdahulu, Pakatan Harapan belum mengadakan sebarang perbincangan mengenai calon perdana menteri sekiranya mereka menang dalam PRU14.

Ketua Setiausaha Sekretariat pakatan harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pemilihan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri adalah cadangan di peringkat PKR sahaja.

The post Belum ada kata sepakat calon PM: Muhyiddin appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian