CEO FGV diberikan cuti sementara siasatan dijalankan ke atas pembayaran oleh anak syarikat


KUALA LUMPUR, 11 Ramadan 1438H, Selasa – Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mengarahkan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Ahmad Tifli Mohd Talha, mengambil cuti susulan siasatan yang dijalankan ke atas pembayaran oleh sebuah anak syarikat.

Zakaria dilantik sebagai CEO pada 1 April tahun lepas.

“Cuti beliau bermula 6 Jun, sementara siasatan dijalankan ke atas beberapa transaksi oleh anak syarikat itu, Delima Oil Products Sdn Bhd,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Urus niaga FGV bagaimana berjalan seperti biasa hari ini.

Syrikat itu berkata dalam tempoh sementara ini, Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah yang melibatkan dua pengarah, Datuk Dr Omar Salim dan Datuk Mohd Zafer Mohd Hashim, bersama Ketua Kelompok Logistik Azman Ahmad, akan mengambil alih tanggungjawab Presiden/CEO Kumpulan.

Lembaga Pengarah juga melantik Ketua Pengawal Kewangan Kumpulan, Sektor Perladangan Aznur Kama Azmir sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, sementara.

Ia berkata pengumuman lanjut akan dibuat jika ada perkembangan baharu mengenai siasatan berkenaan.

Sementara itu, Zakaria, dalam rakaman video temu bual secara dalam talian oleh sebuah akhbar tempatan di luar bangunan Felda di sini, berkata beliau tidak menjangkakan keadaan itu berlaku.

“Ahli lembaga pengarah dan setiausaha syarikat menyerahkan sepucuk surat meminta saya bercuti sebagai Presiden/CEO Kumpulan dan saya dilepaskan daripada semua tanggungjawab.

“(Saya akan bercuti) sehingga Lembaga Pengarah FGV menghubungi saya semula,” katanya.

Menurutnya beliau tidak menghadapi masalah jika proses itu diikuti dengan teratur.

‘Saya sudah menjangkakannya (bercuti). Saya tidak menjangkakan ia sampai ke tahap ini memandangkan isu ini tidak besar. Saya perlu melaluinya secara terbuka dan mempertahankan diri,” katanya.

Pada 12.04 tengah hari, harga saham FGV susut tujuh sen kepada RM1.66 dengan 27.12 juta saham didagangankan.

Dagangan saham sudah dihentikan.

FGV, di bawah kepimpinan Zakaria dan Isa, kembali untung pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2017, dengan mencatat keuntungan bersih RM2.46 juta berbanding kerugian bersih RM81 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil meningkat 15 peratus kepada RM4.32 bilion berbanding RM3.76 bilion. – Bernama

The post CEO FGV diberikan cuti sementara siasatan dijalankan ke atas pembayaran oleh anak syarikat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian