Cukai pelancongan boleh jejas industri pelancongan Sarawak: Persatuan


MIRI, 18 Ramadan 1438H, Selasa – Kerajaan Persekutuan harus mempertimbangkan untuk mengkaji semula keputusan melaksanakan cukai pelancongan bermula 1 Julai kerana ia boleh menjejaskan ketibaan pelancong di Sarawak.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Hotel-hotel Malaysia (Cawangan Sarawak), John Teo Peng Yew berkata, tambang perjalanan ke Sarawak sudahpun mahal berbanding destinasi pelancongan yang lain seperti Bali, Hong Kong dan Taiwan, dengan pelancong perlu membayar RM1,145 untuk sehala atau RM2,000 untuk tiket penerbangan pergi-balik dari Kuala Lumpur ke Sibu.

“Tetapi seseorang boleh menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bangkok dan kembali dengan hanya RM409, dan ini menjadikan sukar untuk mempromosi Sarawak disebabkan tambang yang tinggi,” kata beliau kepada Bernama.

Beliau berkata, masalah kesalinghubungan bagi Sarawak, terutama tambang udara harus diselesaikan dahului sebelum kerajaan persekutuan memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan cukai pelancongan.

Teo berkata selain menjejaskan ketibaan pelancong, cukai pelancongan boleh memberi kesan buruk ke atas pengusaha hotel berlesen kerana kebanyakan pelancong dijangka tinggal di motel-motel bajet, rumah tumpangan dan inap desa tidak berlesen di Sarawak untuk mengelak daripada membayar cukai.

“Ada banyak (motel-motel bajet, rumah tumpangan dan inap desa tidak berlesen) yang beroperasi di Sarawak, hanya membayar kadar kediaman untuk utiliti.

Bagi hotel-hotel berlesen, Teo berkata pengusaha perlu membayar pelbagai bayaran kawal selia yang menyebabkan peningkatan kos operasi seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan, upah minimum dan bil utiliti.

Beliau berkata ini cukai pelancongan akan menjadi beban kewangan tambahan untuk tetamu rakyat tempatan berbanding tetamu warga asing kerana majoriti tetamu hotel di Sarawak ialah dari negara ini dan bukan dari negara asing.

Untuk Bandar Miri, beliau berkata kemerosotan harga minyak sejak 2015 telah menjejaskan kadar penginapan hotel dengan kadar penginapan hotel di Miri sebelum ini sentiasa berada melebihi 73 peratus tetapi untuk tahun ini, sehingga Mac, purata kadar penginapan telah menurun 42 peratus. – Bernama

The post Cukai pelancongan boleh jejas industri pelancongan Sarawak: Persatuan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian