Isma seru umat Islam seluruh negara hayati Aidilfitri, kembali pada agama

BANGI, 1 Syawal 1438H, Ahad – Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengambil kesempatan untuk menyeru umat Islam kembali kepada agama sebagai penyelesaian kepada pelbagai kemelut yang melanda ketika ini.

Membawa seruan itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Haji Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, ancaman serta cabaran yang dihadapi umat Nabi Muhammad ini sangat getir.

“Kita berdepan dengan ancaman penghapusan yang menyeluruh terhadap sesiapa sahaja yang kekal berpegang dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, dengan alasan untuk memerangi keganasan.

“Ini didalangi oleh penyembah-penyembah Iblis dalam rangka Yahudi dan Kristian yang mahu memangkinkan sistem baru dunia atas asas kufur dan ilhad,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, beliau berkata, umat Islam wajib untuk kembali bersatu-padu dan mengelakkan perpecahan supaya musuh-musuh Islam tidak mempunyai ruang untuk meniup api permusuhan dan perpecahan.

“Hari Raya adalah hari kemenangan dalam kita menghadapi godaan Syaitan.

“Moga-moga ia menjadi kekuatan dalam kita berhadapan dengan kejahatan musuh yang menyembah Iblis dan Syaitan.

“Saya menyeru agar kita menggunakan kesempatan yang ada pada hari raya ini untuk mengeratkan hubungan silaturahim, merapatkan ukhuwah seagama dan sebangsa. Lupakanlah segala perbezaan dan rapatkan saf pada hari yang mulia ini.

“Akhir kata, saya menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia agar mensyukuri nikmat iman, keamanan dan perpaduan dan berusaha mengekalkannya,” katanya.

The post Isma seru umat Islam seluruh negara hayati Aidilfitri, kembali pada agama appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian