Israel dijangka luluskan 2,500 unit lagi penempatan haram di Tebing Barat
TEBING BARAT, 8 Ramadan 1438H, Sabtu – Israel dijangka meluluskan hampir 2,500 unit penempatan haram di seluruh Tebimg Barat yang diduduki minggu depan selepas projek berkenaan dibentangkan pada mesyuarat perancangan majlis.
Menurut pertubuhan bukan kerajaan, Peace Now Israel berkata, mesyuarat berkenaan dijadual pada Selasa dan Rabu depan untuk membincangkan 27 pelan berasingan bagi unit penempatan di seluruh Tebing Barat.
Media tempatan melaporkan, kira-kira 1,500 unit rumah dijangka diluluskan berada dalam blok penempatan utama termasuk Maaleh, Adumim dan Ariel – yang mana rejim itu mahu jajah dalam mana-mana perjanjian damai.
Salah satu perkara dalam agenda berkenaan didakwa akan membuka jalan bagi pembinaan 102 unit rumah di Amichai – penempatan baru pertama secara rasmi diwujudkan oleh kerajaan dalam tempoh 25 tahun.- Agensi
The post Israel dijangka luluskan 2,500 unit lagi penempatan haram di Tebing Barat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan