Kementerian Kesihatan anjur kempen cegah, kawal LGBT

BANGI, 8 Ramadan 1438H, Sabtu – Kementerian Kesihatan menerusi Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, kini melancarkan kempen mencegah kecelaruan gender membabitkan gay, lesbian, transgender, transvestite dan pengkid atau tomboy, bermula Khamis lalu.

Menerusi Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Seksual & Reproduktif Remaja Peringkat kebangsaan 2017 bertemakan ‘Hargai Diri, Amalkan Gaya Hidup Sihat’ lima kecelaruan gender itu adalah antara tiga skop utama yang dipertandingkan bermula 1 Jun 2017 hingga 31 Ogos nanti.

Garis panduan pertandingan itu menyatakan setiap video mesti mempunyai unsur-unsur yang menunjukkan akibat menjadi LGBT, bagaimana untuk mencegah dan mengawalnya.

Menurut maklumat dalam borang pertandingan itu, syarat penting isi kandungan video oleh peserta, sama ada individu atau kumpulan, hendaklah mengandungi kriteria dan aspek isu dan akibat; pencegahan, pengawalan dan cara mendapatkan bantuan; penyelesaian masalah dan lain-lain serta penyampaian video dalam bentuk positif dan kreatif.

Selain itu, skop pertandingan juga membabitkan buli siber; online grooming; eksploitasi seksual; peras ugut seks; bahaya pornografi; dan penggunaan media sosial dan keselamatan ICT berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif.

Satu lagi skop pertandingan ialah kepentingan tidak melakukan seks sebelum kahwin (Value of abstinence); tumbesaran dan perkembangan remaja; kehamilan remaja; kesan seks bebas; seks bebas dan jangkitan penyakit kelamin (STI/HIV/AIDS); menangani gangguan seksual dan rogol; dan hubungan (relationship) selamat dan bertanggungjawab.

Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta, mengandungi nilai-nilai murni dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin.

Pertandingan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia, secara percuma, yang berusia 13 hingga 24 tahun mengikut tiga kategori iaitu berusia 13 hingga 15 tahun; 16 tahun hingga 18 tahun; dan 19 tahun hingga 24 tahun.

Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi hanya satu penyertaan sahaja yang layak untuk memenangi hadiah wang tunai antara RM1,000 hingga RM4,000.

The post Kementerian Kesihatan anjur kempen cegah, kawal LGBT appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian