Kerajaan belanja RM1.18 juta sehari untuk pesalah dadah

Gambar: Utusan

KUALA LUMPUR,19 Ramadan 1438H, Rabu – Kerajaan membelanja RM1.18 juta sehari untuk perbelanjaan bagi pesalah berkaitan dadah di dalam penjara.

Perkara itu didedahkan Pengarah Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia, SAC Nordin Muhamad dengan memaklumkan jumlah banduan terkini disebabkan kesalahan dadah adalah 33,791 orang.

“Kita membelanjakan RM35 sehari bagi setiap pesalah. Ini bermakna kita membelanjakan RM1.1 juta sehari atau RM425 juta setahun,” katanya.

Dengan jumlah perbelanjaan setahun untuk pesalah dadah ini jelas beliau, ia mampu membina 10 buah sekolah untuk kira-kira 12,000 pelajar.

“Jika kita berjaya melakukan jihad untuk membenteras penggunaan dadah dalam kalangan rakyat bermakna kita boleh menyalurkan jumlah peruntukan yang besar ini untuk tujuan yang boleh mensejahterakan negara dan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Forum Jihad Memerangi Dadah diadakan dengan kerjasama Majlis Perudningan Melayu (MPM), Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadan) dan Utusan Melayu (M) Berhad.

The post Kerajaan belanja RM1.18 juta sehari untuk pesalah dadah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian