Mangsa banjir di Jasin kekal 42 orang pagi ini

MELAKA, 5 Syawal 1438H, Khamis – Mangsa banjir di pusat  pemindahan Sekolah Kebangsaan Tehel, Jasin, dekat sini, kekal 42 orang daripada 11 keluarga setakat 8 pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka, Lt. Kol (PA) Effendy Ali  dalam kenyataan berkata situasi banjir di Kampung Tanjung Laboh dan Kampung Parit Lampong di daerah itu tidak banyak berubah berbanding malam tadi.

Beliau, yang Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, berkata walaupun cuaca cerah pagi ini namun pihaknya akan terus memantau keadaan banjir berikutan ramalan hujan lebat dijangka sehingga lewat malam ini.

Katanya, banjir berlaku disebabkan air sungai di beberapa kawasan melimpah akibat hujan lebat pada Isnin lepas. – Bernama

The post Mangsa banjir di Jasin kekal 42 orang pagi ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?