MH128: Penumpang mabuk masuk kokpit ada masalah mental
MELBOURNE, 6 Ramadan 1438H, Khamis – Penumpang yang mencetuskan kekecohan dengan cuba memasuki kokpit pesawat Malaysia Airlines MH128 ketika dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Melbourne lewat malam tadi, menghidap masalah mental, menurut pihak berkuasa Australia.
Polis berkata, insiden berkenaan tiada kaitan dengan pengganas, dan penumpang warga Sri Lanka berusia 25 tahun itu bagaimanapun ditahan oleh pihak berkuasa Australia.
“Ia adalah kejadian terpencil dan kita percaya dia mengalami masalah mental,” kata Polis Persekutuan Australia, Superitenden Micael Goode dalam sidang media, hari ini.
Penerbangan MH128 yang berlepas dari Melbourne ke Kuala Lumpur kira-kira jam 11.11 malam tadi dan sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang jam 5.28 pagi ini, terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Australia ekoran insiden itu.
Berikutan kejadian itu, lapangan terbang Melbourne ditutup kepada semua operasi dan penerbangan. Semua penerbangan keluar dari Tullamarine dibatalkan, manakala semua pesawat yang datang dilencongkan ke lapangan terbang Avalon.- Agensi
The post MH128: Penumpang mabuk masuk kokpit ada masalah mental appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan