Nisah Haron pembimbing Latihan Penulisan Kreatif anjuran Isma

BANGI, 18 Ramadan 1438H, Selasa – Ikatan Muslimin Malaysia akan membawakan penulis Buku Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Nisah Haron sebagai pembimbing program Latihan Penulisan Kreatif yang dianjurkan bermula 15 Julai ini.

Nisah Haron pernah mewakili Malaysia ke International Writing Program (IWP) di University of Iowa di Amerika Syarikat pada tahun 2015.

Terbaharu, beliau juga berjaya merangkul Anugerah Buku Negara pada tahun ini.

Program dengan kerjasama Biro Antarabangsa dan Tamadun itu akan diadakan sekitar Lembah Klang secara bersiri. Ianya akan diadakan selama 3 jam bagi setiap 10 sesi kursus berpandu.

Peserta akan dibimbing untuk menghasilkan tiga cerpen serta 10 puisi sepanjang program.

Penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM500 sahaja dan ia terbuka kepada peserta berumur 20 tahun ke atas dan ianya terhad kepada 10 peserta lelaki dan 10 peserta perempuan sahaja.

Individu yang berminat boleh menghubungi Saudari Maryam di talian 013-4214950.

The post Nisah Haron pembimbing Latihan Penulisan Kreatif anjuran Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian