Pandangan doktor psikiatri isu buli beramai-ramai
Ramai-ramai buli orang sampai mati, pukul ‘suspek’ sampai mati.. tak rasa bersalah ke? – Psikologi di sebalik ‘maksiat berjemaah’.
Kalau dalam ilmu psikologi, ada satu terma namanya ‘bystander effect’. Macam kes orang pengsan tengah jalan, kalau seorang sahaja saksi, peluang mangsa diselamatkan lebih tinggi berbanding kalau ada seratus atau mungkin beribu pemerhati. Sebabnya, masing-masing akan anggap ‘tak apa ada orang lain akan tolong‘. Akibatnya, pemerhati dan pen-selfie lebih ramai dari penolong.
Ada dua penjelasan, pertama ‘diffusion of responsibility‘ iaitu rasa kebertanggungjawaban berkadar sonsang dengan jumlah individu. Kedua, ‘modelling effect‘, kita tengok orang lain tak tolong, kita pun ikut tak tolong. Dua sebab ini menentukan pola tingkah laku manusia dalam berkumpulan.
Dalam kes pukul/buli ramai-ramai ni. Konsepnya sama, cuma situasi berbeza. Bila buat kerja jahat ramai-ramai, Rasa bersalah itu kurang. Maka diikutlah nafsunya sepuas hati. Sebabnya – orang lain buat juga, apa-apa bukan aku sorang kena. Samalah dengan konsep diffusion of responsibility dan modelling tadi.
Sebab itu tak hairan ada budaya orgy, bogel beramai-ramai, ponteng, buli, rempit, penagihan dan macam-macam gejala sosial berjemaah dalam dunia hari ini.
Titik pentingnya – dampingilah orang yang soleh. Kalau lingkaran sosial kita orang yang rosak akhlaknya, buruk pekertinya, maka kita akan mudah terjebak dengan aktiviti ‘maksiat berjemaah ini’.
Nasihat saya pada anak muda. Peer pressure adalah ‘weakest point’ dalam perkembangan psikologi anda pada fasa ini. Berhati-hatilah. Inilah pintu kegemaran syaitan. Sekali lagi, berhati-hatilah.
Sumber: http://ift.tt/1hfipPy=10155424268291133&id=627891132
The post Pandangan doktor psikiatri isu buli beramai-ramai appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan