Pegawai SPRM ditangkap polis

BUKIT MERTAJAM, 15 Ramadan 1438H, Sabtu – Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan pihak polis kerana dilapor memeras ugut dan meminta wang daripada pegawai polis, semalam.

Menurut sumber yang dipetik media, lelaki yang berusia 37 tahun itu dicekup sepasukan polis di Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang kira-kira jam 10 malam Jumaat.

Suspek yang bekerja ibu pejabatnya SPRM sendiri di Putrajaya, dikatakan sudah dua tahun melakukan kegiatan kotor itu dengan meminta wang daripada pegawai polis yang kononnya untuk melindungi aktiviti pusat perjudian haram.

“Dalam serbuan itu, polis turut rampas wang tunai kira-kira RM3, 000 daripadanya. Suspek akan direman bagi bantu siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya.

Setakat ini, pihak SPRM dan polis belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut.

The post Pegawai SPRM ditangkap polis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian