Pemilik treler, pengendali kren biarkan mangsa rentung tersepit lima jam sebab ‘wang’

BANDAR SERI JEMPOL, 17 Ramadan 1438H, Isnin – Keengganan pemilik treler dan beberapa pengendali kren memberi kerjasama serta pertolongan, menyukarkan tugas anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan enam mangsa rentung dalam nahas di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, petang semalam.

Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk mengalihkan treler yang menghempap Proton Exora, termasuk cuba menggunakan khidmat kenderaan berat lain seperti lori tangki dan lori ikan, namun tidak berhasil.

Keadaan itu menyebabkan operasi menyelamat mengambil masa lima jam bermula 2.45 petang semalam dan hanya berakhir jam 8 malam, selepas pasukan itu mendapat bantuan trak tunda dari Bahau.

Ketua Operasi, Mohd Hazren Mohd Zahar menyifatkan operasi itu mencabar kerana tiada kerjasama daripada pemilik lori.

Malah katanya, pihak polis dan bomba cuba menghubungi mereka, namun talian telefon dimatikan.

“Beberapa syarikat kren yang dihubungi oleh individu lain (towing) bagi meminta bantuan pula tidak mahu bekerjasama kerana mementingkan bayaran semata-mata.

“Sebaliknya, orang ramailah yang banyak membantu kami, termasuk meminta pertolongan rakan pemandu lain untuk menarik kepala treler yang menindih Proton Exora berkenaan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Dalam kejadian jam 2.20 petang semalam, lapan maut, manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan Perodua Myvi, Toyota Vios, Proton Exora dan sebuah treler di KM25 Jalan Bahau-Keratong, di sini.

Nahas ngeri itu dipercayai berlaku apabila treler dipandu seorang lelaki dari arah Kratong cuba memotong sebuah motosikal tetapi gagal sebelum terbabas ke lorong bertentangan.

The post Pemilik treler, pengendali kren biarkan mangsa rentung tersepit lima jam sebab ‘wang’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian