Setiap Melayu mesti bertanggungjawab terhadap bangsa sendiri

BANGI, 6 Ramadan 1438H, Khamis – Setiap orang Melayu mesti berasa bertanggungjawab terhadap prestasi bangsanya dalam semua bidang kehidupan, jika tidak bangsanya akan luput dari dunia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Disebabkan berasa insaflah, bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu berkata, beliau terpaksa memberi tumpuan kepada masalah yang sedang dihadapi negara sekarang ini.

Katanya, beliau tidak boleh melihat dan membiarkan banyak perkara yang tidak betul begitu sahaja, sedangkan ramai pihak yang berduyun-duyun menemui beliau meminta supaya dilakukan sesuatu.

“Tiap seorang Melayu mesti berasa bertanggungjawab terhadap prestasi bangsanya. Jika tidak bangsanya akan luput dari muka bumi ini. Di zaman dulu, yang bergerak lawan Malayan Union semuanya orang muda, termasuk Tun Razak. Tun Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam usia 40-an sahaja… masih tergolong dalam golongan muda.. semua masih muda.

“Saya terlibat ketika masih sekolah lagi.. belum pun sampai umur 20.. kerana itu saya dapat pengalaman.. saya harap orang muda jangan kata ‘tungglah nanti saya dewasa esok’.

“Tapi bila dewasa kita dapati keadaan sudah begitu buruk, sukar bagi kita mendapat apa juga nikmat kebahagian daripada keadaan dalam negara kita dan sukar bagi kita untuk memperbetulkan keadaan,” katanya ketika rakaman klip video ‘Hampa tanya, Che Det jawab’ disiarkan laman Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad, hari ini.

Sehubungan itu, Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengingatkan golongan muda sekarang ini supaya mengikuti semua perkembangan dalam negara, termasuk mengenai politik, ekonomi dan sosial.

Tun Dr Mahathir berkata, anak muda sekarang ini perlu menolak mereka yang merosakkan negara pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“Anak muda akan mewarisi negara kita ini. Sudah tentu mereka tidak ingin mewarisi sebuah negara yang hancur lebur, yang rosak kerana perbuatan di waktu ini.

“Sebab itu anak muda perlu mengikuti perkembangan dalam negara kita, politik, ekonomi, sosial supaya mereka, sebelum dia dirosakkan, mereka dapat menentukan apa yang harus dilakukan dan mereka tentukan perosak-perosak ini tidak dapat meneruskan usaha merosakkan negara apabila pilihan raya nanti,” katanya.

Mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang menuduh beliau sebagai hipokrit apabila lebih awal mahu menjual Proton kepada Geely Holding, Tun Dr Mahathir yang menafikan mahu menjual Proton berkata:

“Saya pergi melawat kilang Geely bersama dengan Syed Mokhtar. Ini berlaku selepas saya bersara dan menjadi penasihat kepada Proton.. kita sedang cari jalan untuk memperbaiki lagi kereta kita dan satu daripadanya adalah dengan cara menukar enjin dan enjin… kita dapati Geely ini telah beli Volvo dan Volvo ini pakar dalam bidang enjin.

“Saya juga pergi ke Sweden untuk mencuba kereta-kereta Volvo dan kemudian pergi ke Geely. Ini berlaku ketika saya masih berada dalam Proton dan bukan ketika menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Bekas Penasihat Proton itu berkata, beliau ingin mengetahui apakah jenis kerjasama yang boleh dilakukan dengan Geely, sebagaimana juga beliau bersetuju untuk bekerjasama dengan Volkswagon, yang kesemuanya untuk memperbaiki prestasi kereta Proton.

The post Setiap Melayu mesti bertanggungjawab terhadap bangsa sendiri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian