Sivarasa masuk masjid: Jais tubuh jawatankuasa khas, mungkin pecat nazir

SUBANG, 6 Ramadan 1438H, Khamis – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menubuhkan satu Jawatankuasa Panel Khas untuk menyiasat insiden Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa yang menggunakan ruang solat Masjid sebagai tempat berpolitik.

Pengarah­nya, Datuk Haris Kasim berkata, penubuhan jawatankuasa itu akan dianggotai pegawai-pegawai kanan Jais dan dipengerusikan oleh beliau sendiri.

“Siasatan awal kita dah panggil nazir masjid Jumaat lalu, untuk siasatan lanjut kita akan bentuk jawatankuasa ini dalam tempoh terdekat.

“Selepas itu baharu kita panggil mereka sekali lagi (nazir dan jawatankuasa masjid) untuk siasatan lanjut sebelum surat tunjuk sebab dikeluarkan,” katanya, dipetik akhbar tempatan.

Minggu lalu, R Sivarasa yang merupakan Ahli Parlimen Subang hadir pada majlis sumbangan sempena bulan Ramadan di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang, Shah Alam, dikatakan sebagai mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sivarasa dilaporkan berucap di hadapan mimbar masjid berkenaan berdasarkan kepada gambar yang viral di media sosial.

Turut kelihatan beberapa pemimpin pakatan harapan yang bukan beragama Islam, duduk di saf bersama jemaah lain.

Susulan insiden itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa teramat murka dan dukacita dengan tindakan Sivarasa dan turut menitahkan agar tindakan diambil ke atas nazir dan jawatankuasa masjid berkenaan.

Mengulas titah Sultan, Haris berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan menggantung tugas atau memecat nazir di masjid tersebut jika didapati bersalah.

“Apa pun kita tunggu hasil siasatan, yang pastinya mereka (nazir dan jawatankuasa masjid) akan dipanggil dalam minggu ini juga,” katanya lagi.

The post Sivarasa masuk masjid: Jais tubuh jawatankuasa khas, mungkin pecat nazir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian