TH sudah sedia penginapan sambut 30,200 jemaah haji

SEPANG, 17 Ramadan 1438H, Isnin – Lembaga Tabung Haji (TH) sudah bersedia dari segi penginapan untuk menyambut 30,200 orang jemaah ke Tanah Suci bermula Julai ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, persediaan itu perlu ekoran penambahan bilangan jemaah Malaysia pada tahun ini selepas kerajaan mendapat keizinan tambahan kuota daripada Raja Arab Saudi.

“TH berjaya menguruskan persediaan 23 tempat penginapan yang terletak kira-kira 950 meter daripada Masjidil Haram di Makkah dan 11 penginapan yang terletak 330 meter daripada Masjid Nabawi, Madinah,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, penerbangan akan berlepas pada 24 Julai, sementara penerbangan terakhir pada 25 Ogos membabitkan lapan lapangan terbang seluruh negara.

“Penerbangan nanti akan membabitkan lapan lapangan terbang iaitu di KLIA, Sepang; Alor Star, Kedah; Bayan Lepas, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

“Semua jemaah haji negara dijadualkan pulang semula ke tanah air pada 7 September dan penerbangan terakhir dari Arab Saudi ialah pada 4 Oktober,” katanya.

The post TH sudah sedia penginapan sambut 30,200 jemaah haji appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian