Trump dijangka tangguh rancangan pindah kedutaan ke Jerusalem

WASHINGTON, 6 Ramadan 1438H, Khamis – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka menangguhkan hasratnya untuk memindahkan kedutaan negara itu di Tel Aviv ke Jerusalem.

Meskipun rancangan itu adalah sebahagian daripada ikrar Trump sepanjang kempennya tahun lalu, namun menurut pegawai kanan pentadbiran White House berkata, ia adalah langkah yang diambil presiden berkenaan terhadap usaha damai antara Palestin dan Israel.

Bagaimanapun menurutnya, Trump masih berhasrat untuk meneruskan rancangan pemindahan itu, namun menunggu masa terbaik untuk melaksanakannya dan mengelak tercetusnya kemarahan rakyat Palestin.

Difahamkan, Trump telah menandatangani dokumen pengecualian untuk menghalang sebarang langkah berkenaan selama tempoh enam bulan. Setiap presiden AS perlu menandatangani sebarang pengecualian dua kali setahun selepas undang-undang diluluskan pada 1995, yang memberi mandat dalam penempatan semula kedutaan ke Jerusalem.

Sumber kanan pentadbiran memberitahu, keputusan berkenaan bagaimanapun belum dimuktamadkan secara rasmi, tetapi kertas kerja pemindahan kedutaan Tel Aviv ke Jerusalem telah dibentangkan untuk kelulusan Trump.- Agensi

The post Trump dijangka tangguh rancangan pindah kedutaan ke Jerusalem appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian