Usah gelar diri pendakwah jika kecut, mandul untuk jadi pejuang

BANGI, 10 Ramadan 1438H, Isnin – Usah gelar diri sebagai pendakwah kalau kecut dan mandul untuk menjadi pejuang, kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Mat sambil menegaskan bukan sahaja DAP yang memusuhi Islam, tetapi siapa sahaja yang menghalang umat Islam untuk bebas beramal sepenuhnya di negara ini, maka mereka adalah musuh Islam.

Beliau berkata, dalam musuh menerima dan memberi keamanan, kita adalah pendakwah, tetapi jika musuh menghalang dan memfitnah, kita adalah pejuang yang mempertahankan agama.

Memetik kisah Rasulullah SAW sebagai pendakwah, baginda memujuk dan menerangkan kepada Abu Jahal dan Abu Lahab di Makkah, tetapi di medan perang Badar, baginda adalah pejuang yang menghunus pedang ke atas kedua-duanya.

“Baginda mendakwah Abu Sufyan, kemudian memeranginya dan kemudian mendakwahnya kembali sehingga akhirnya Abu Sufyan memeluk Islam. Begitu baginda dengan Abu Sufyan, begitulah PAS dalam dakwah dan perangnya ke atas DAP. Anda harus melihat dakwah dalam konteks yang lebih besar. Dakwah bukan hanya dengan senyum, bahkan kadang-kadang dengan menyeringai taring tanda bertaring,” katanya.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, apabila ada persetujuan dan permuafakatan, maka termeterailah gabungan dan terhasillah kekuatan dan jika wujud kekhilafan dan pengkhianatan, maka terputuslah jalinan dan terhasillah perpecahan dan mungkin juga kerugian.

“Justeru, apa isunya PAS dan DAP? Mengapa berpakat dan mengapa bermusuh? Ya, berpakat kerana bersama berjuang membuang halangan yang tidak demokratik. Kezaliman pemerintah UMNO BN dalam banyak perkara adalah kesalahan dan perlecehan terhadap rakyat dan negara. Ia menutup hak rakyat dan menghalang parti pembangkang daripada mara untuk diterima oleh rakyat.

“Ya, berpecah dan bermusuh adalah kerana pengkhianatan terhadap perjanjian persefahaman bersama. Toleransi awal tidak mampu lagi dikekalkan. Siapa betul dan siapa bersalah? Biarkan rakyat mendengar dan memutuskan. Masing-masing berhak berhujah. Rakyat yang budiman dan enggan ditipu dengan fitnah sudah pasti akan memilih yang terbaik untuk mereka dan negara,” katanya.

Nik Mohamad Abduh berkata, DAP dengan didominasi bukan muslim sudah pasti bermatlamat memastikan negara kekal sebagai sebuah negara sekular, bahkan menuntut lebih kebebasan dan persamaan dalam agama dan bangsa, dan mereka secara langsung menolak wujudnya sebuah negara Islam yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai dan hukum-hukum Islam.

Katanya, PAS sebuah parti politik berperinsipkan Islam mahu memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan dengan menjadikannya teras di dalam pembinaan negara, selain menolak amalan sekular, yang awal dan akhirnya adalah memisahkan negara daripada agama lalu meminggirkan peranan Islam untuk kebangunan negara.

Beliau berkata, ketika DAP berjuang dan berkempen dengan segala upaya mereka bersenjatakan akal dan deklarasi hak-hak asasi manusia yang dituhankan, PAS pula berjuang dan berkempen dengan segala upayanya bersenjatakan akal dan wahyu.

“Kelebihan DAP ialah janji manis sebuah kemajuan, kebebasan dan kesamarataan. Kelebihan PAS ialah kewajiban agama yang mesti dilaksanakan iaitu tugas khilafah di muka bumi Allah yang menuntut kemajuan, keadilan dan kebebasan daripada selain Allah bagi seluruh rakyat,” katanya.

“DAP memusuhi Islam? DAP diperangi? Musuh mulut diperangi dengan mulut. Musuh media diperangi dengan media. Musuh senjata diperangi dengan senjata. Tiada melampau dalam beragama.

“PAS adalah pendakwah dan pejuang untuk agamanya. Usah menggelar diri sebagai pendakwah kalau kecut dan mandul untuk menjadi pejuang. Dr Zakir Naik adalah bintang kejora di dunia hari ini. Dia menjadi lampu buat semua manusia – muslim dan non muslim – yang mencari-cari kebenaran hakiki. 

“Tetapi dia memerlukan para pejuang yang mesti mempertahankankan haknya untuk terus berdakwah dengan penuh aman. Siapakah yang mampu mempertahankannya daripada ancaman dan konspirasi besar musuh Allah kalau bukan sebuah negara Islam atau sebuah kekuatan yang besar daripada pejuang Islam?,” katanya.

The post Usah gelar diri pendakwah jika kecut, mandul untuk jadi pejuang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian