Wanita Isma beri sumbangan kepada asnaf di Flat Taman Semarak

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 17 Ramadan 1438H, Isnin – Bagi mengimarahkan Ramadan tahun ini, Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) meneruskan khidmat sosial dengan memberikan bantuan sumbangan kepada anak yatim, fakir miskin dan golongan asnaf di Flat Taman Semarak,  Nilai.

Timbalan Ketua Wanitanya, Ustazah Zakiah Ab Rahman berkata, sumbangan yang diberikan adalah  sebagai tanggungjawab dan kprihatinan pihaknya dengan golongan yang tidak bernasib baik.

“Ini adalah tahun kedua kita serahkan sumbagan sempena Mai’dah Ramadan yang dianjurkan Wanita Isma sendiri. Tujuan kita nak membantu golongan asnaf terutama  golongan ibu tunggal dan golongan yang tidak bernasib baik.

“Dalam masa sama, kita mengambil keberkatan bulan Ramadan, menyantuni mereka untuk berkongsi rezeki yang merupakan hak mereka yang telah ditentukan Allah,” katanya ringkas kepada Ismaweb. 

Majlis penyerahan sumbangan turut dihadiri Pengerusi Biro Komunikasi Dan Multimedia (BKOM), Dr Dr Norzila Baharin, Puan Rasyidah Arsyad dan Dr Fazrena Azlee Hamid.  Turut serta Pengurus Asfa Resources Puan Asfalaila,  dan Puan Muzaliza selaku ketua komuniti penduduk di Flat berkenaan.

Antara keluarga yang mendapat perhatia wanita Isma:

1-  Puan Roshana seorang suri rumah yang mempunyai anak Down’s Syndrome berumur 5 tahun yang sakit jantung dan  paru-paru dan sering dimasukkan ke hospital. (Kisah lanjut di ismaweb.net).

2. Puan Maimon Ismail, seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak. Beliau hanya bekerja sebagai tukang cuci pejabat.

3-  Puan Hakimah mempunyai 4 orang anak, salah seorangnya OKU. Beliau menghidap masalah jantung serta bakal dibedah selepas Raya. Suaminya bekerja di kilang.

4- Puan Helmi, nenek yang berumur 62 tahun, bersama suaminya sedang menyara seorang anak yatim iaitu cucunya Ilham berumur 9 tahun. Ayah Ilham meninggal dunia dalam satu kemalangan 3 tahun lepas meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak.

5-  Puan Salamina, seorang ibu tunggal sebatang kara yang kematian suami dan anak dalam suatu kemalangan. Sebelum ini beliau menyara diri dengan menjual kuih tetapi sejak beberapa tahun  lepas, beliau tidak sihat dan memperoleh pendapatan hanya RM10-15 sehari.

The post Wanita Isma beri sumbangan kepada asnaf di Flat Taman Semarak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?