Zahid nafi dakwaan tiga pemimpin Hamas berlindung di Malaysia

Saleh Al-Arouri

KUALA LUMPUR, 13 Ramadan 1438H, Khamis – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan khabar angin kononnya tiga pemimpin Hamas yang diarah keluar dari Qatar kini berlindung di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, risikan pasukan keselamatan telah menyemak di Jabatan Imigresen dan mengesahkan bahawa nama tiga pemimpin berkenaan tiada dalam rekod kemasukan ke Malaysia.

“Kita menolak khabar angin yang mendakwa tiga tokoh Hamas dari Palestin yang selama ini dapat perlindungan di Qatar, kini berada di Malaysia.

“Nama yang diperoleh dari sumber risikan sudah disemak di Jabatan Imigresen. Nama itu tiada (dalam rekod masuk) ke Malaysia,” katanya kepada pemberita, hari ini.

The Times of Israel hari ini mendakwa, pemimpin tertinggi Hamas, Saleh Al-Arouri yang diarah keluar oleh Qatar dan bertanggungjawab mengurus dan memberi arahan kepada ahli gerakan itu di Tebing Barat, berada di Malaysia.

Beliau antara tokoh tertinggi Hamas yang meninggalkan Qatar atas permintaan negara itu. Laporan itu menyebut, dia turut menuju ke Lebanon dan Turki untuk mendapatkan perlindungan.

The post Zahid nafi dakwaan tiga pemimpin Hamas berlindung di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian