Zakaria serah surat tunjuk sebab

KUALA LUMPUR, 5 Syawal 1438H, Khamis – Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV), Datuk Zakaria Arshad menyerahkan jawapan surat tunjuk sebab kepada syarikat itu, pagi ini.

Suratnya itu diwakilkan oleh adik beliau, Maulud Arshad yang menyerahkan surat itu kepada Setiausaha Syarikat FGV, Koo Shuang Yen.

Zakaria yang tidak hadir bagi penyerahan surat itu berharap panel penyiasat dapat meneliti sebaik mungkin jawapan balas yang dikemukakan di dalam suratnya itu.

“Saya harap mereka akan melihat dan mengambil kira juga pandangan saya dan bukan hanya dari pandangan juruaudit sahaja.

“Ini kerana saya sudah bekerja di sini lebih 23 tahun dan mengetahui selok-belok perniagaan di dalam syarikat dan industri,” katanya ketika dihubungi akhbar tempatan, sebentar tadi.

Malah, Zakaria menegaskan bahawa beliau tetap yakin dirinya di pihak yang benar dan tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa.

Pada 6 Jun lalu, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria; Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim, supaya bercuti bagi membolehkan siasatan dalaman dilaksanakan secara terperinci berhubung dakwaan salah laku dalam urus niaga membabitkan syarikat Safitex Trading LLC kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.

 

The post Zakaria serah surat tunjuk sebab appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?