35,000 warga Palestin tinggal dalam khemah sejak 2014

GAZA, 17 Syawal 1438H, Selasa – Kira-kira 6,300 keluarga Palestin melibatkan 35,000 individu di Gaza masih tidak mempunyai rumah selepas serangan rejim Israel pada 2014, menurut laporan yang dikeluarkan Majlis Pelarian Norway (NRC).

Bapa kepada empat anak di Gaza, Thaer al-Sheesh memberitahu NRC, dia telah menghabiskan sisa hidupnya bersama keluarga selama tiga tahun dalam sebuah khemah.

Sehingga hari ini katanya, dia masih menunggu khabar rumahnya dibina semula sejak perang dahsyat itu.

“Kami masih hidup kerana belum sampai ajal lagi. Namun bagi kami, lebih baik jika mati, kerana pada saat itu kami tidak lagi menghadapi masalah seperti ini,” katanya dipetik Twitter NRC.

Berdasarkan laporan NRC juga, puluhan ribu rakyat Palestin dilaporkan masih berpindah ke kawasan pantai susulan kemusnahan yang dihadapi oleh penduduk di Jalur Gaza yang dikepung tiga tahun selepas serangan itu.

“Daripada 11,000 rumah yang dimusnahkan ketika peperangan, hanya kurang satu pertiga telah dibina semula,” kata laporan itu, sambil menambah bahawa banyak keluarga ini terus tinggal di khemah selama tiga tahun yang lalu.

NRC berkata, setakat ini 8,135 rumah belum lagi dibina dan dicatatkan 160,000 rumah rosak teruk akibat perang.

Sehingga pertengahan tahun 2017, hanya 30 peratus daripada pembiayaan yang dijanjikan untuk pembinaan semula di Gaza telah diberikan. Difahamkan, 46 peratus daripada jumlah simen untuk pembinaan semula perumahan di Gaza masih diperlukan setakat ini.

PBB telah memberi amaran bahawa Jalur Gaza akan menjadi kawasan yang tidak dapat didiami penduduk pada tahun 2020. Ia merujuk kepada kemusnahan perang dan kesan lumpuhan sekatan Israel, sementara 80 peratus penduduk Gaza bergantung kepada bantuan kemanusiaan. – Agensi

The post 35,000 warga Palestin tinggal dalam khemah sejak 2014 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian