Bekas Naib Presiden MIC didakwa kemuka tuntutan palsu RM13 juta
KUALA LUMPUR, 2 Zulkaedah 1438H, Rabu – Bekas Naib Presiden MIC, Tan Sri S Balakrishnan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dakwaan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM13 juta.
Dia didakwa mengemukakan Tuntutan Bayaran Interim bagi kerja Supply and Deliver Dewatering Container berjumlah RM12.888 juta yang memperakukan pembekalan sebanyak 358 unit Dewatering Container berhubung Projek Pengindahan dan Pembaikan Sungai Melaka.
Tuntutan bayaran interim itu mengandungi butiran palsu yang mana sebenarnya hanya 89 unit Dewatering Container dibekalkan.
Dokumen tuntutan bayaran itu dikemukakan melalui juru ukur bahan syarikat Sinnayah & Sons Sdn Bhd kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dengan niat untuk memperdayakan jabatan tebabit.
Bagaimanapun, Hakim Allaudeen Ismail hari ini membenarkan Balakrishan dijamin sebanyak RM500,000 dengan dua penjamin dan mengarahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
Dalam kes sama, anak lelaki Balakrishnan, B Ashok Kumar turut didakwa bersubahat melakukan kesalahan itu.
Kedua-dua mereka didakwa secara berasingan di mahkamah berbeza. Mahkamah kemudian menetapkan 28 Ogos ini bagi sebutan kes.
The post Bekas Naib Presiden MIC didakwa kemuka tuntutan palsu RM13 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan