Dakwaan Jho Low ada dua kerakyatan: Wisma Putra tunggu laporan KDN

KEPALA BATAS, 30 Syawal 1438H, Isnin – Kementerian Luar Negeri masih menunggu laporan berhubung dakwaan dua kerakyatan yang dimiliki hartawan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho atau Jho Low.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reeza Merican Naina Merican berkata, sesiapa yang memiliki dua kerakyatan – bertentangan dengan Perlembagaan – akan berdepan dengan akibatnya, termasuk Jho Low.

“Setakat ini, kami masih menunggu laporan mengenai dua kerakyatan dimiliki oleh Jho Low.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyiasat perkara itu, kita tunggu (laporan) mereka,” katanya seperti dilapor New Straits Times.

Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dilaporkan sedang menunggu jawapan daripada Wisma Putra berhubung dua kerakyatan Malaysia serta St Kitts dan Nevis, yang dimiliki Jho Low.

Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, sekali lagi mendapat perhatian selepas saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman AS (DOJ) pada 15 Jun, mendedahkan bahawa dia memiliki pasport Malaysia serta St Kitts dan Nevis.

St Kitts dan Nevis mempunyai program kontroversi “Kewarganegaraan dengan Pelaburan” yang membolehkan warga asing mendapat kerakyatan sebagai pertukaran dengan pelaburan hartanah sekurang-kurangnya AS$400,000, atau sumbangan sekurang-kurangnya AS$250,000 kepada dana kepelbagaian industri gula negara itu.

Perkara 24 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa kerajaan boleh memerintahkan supaya seseorang dilucutkan kewarganegaraan Malaysia jika dia juga warganegara negara lain.

The post Dakwaan Jho Low ada dua kerakyatan: Wisma Putra tunggu laporan KDN appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian