Gerhana bulan separa 7 Ogos

KUALA LUMPUR, 27 Syawal 1438H, Jumaat – Rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa selama lima jam bermula jam 11.50 malam pada 7 Ogos ini hingga 4.50 pagi keesokan hari.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata, orang ramai yang ingin melihat fenomena itu secara lebih jelas perlu menggunakan bantuan teleskop dan instrumen optikal.

“Gerhana akan bermula dengan fasa gerhana bulan penumbra. Gerhana berada pada tahap maksima pada pukul 2.20 pagi,” menurut kenyataan Angkasa.

Kali terakhir Malaysia menyaksikan gerhana bulan separa ialah pada 9 Mac tahun lepas.

Mengikut falakonline, gerhana bulan separa berlaku apabila sebahagian daripada cahaya matahari yang jatuh pada permukaan bulan, telah terlindung oleh jasad bumi.

Secara amnya, gerhana ini berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan. Walaupun ia nampak seperti sebaris, tetapi jika dilihat dari satah ‘tepi’, bulan berada sedikit ke atas daripada garisan matahari dan bumi. Ini akan menyebabkan ia tidak akan dilindungi sepenuhnya oleh bayang-bayang bumi.

Fasa Gerhana waktu Malaysia adalah seperti berikut:

11.50 malam 7 Ogos – Permulaan masuk bayang-bayang penumbra;
1.22 pagi 8 Ogos – Permulaan masuk bayang-bayang umbra. Gerhana separa bermula;
2.20 pagi 8 Ogos – Kemuncak Fasa Gerhana Bulan Separa;
3.18 pagi 8 Ogos – Tamat gerhana separa. (Bulan sudah keluar dari bayang-bayang umbra); dan
4.50 pagi 8 Ogos – Tamat gerhana penumbra (Bulan sudah keluar dari kawasan bayang-bayang penumbra).

Keseluruhan fasa gerhana separa (Bulan berada di dalam bayang-bayang umbra) ialah selama 1 jam 55 minit. Bulan akan berada tegak dan sedikit ke arah barat, ketika bermulanya fasa gerhana separa. Bulan akan berada di kawasan buruj Capricornus.

Selain itu, rakyat Malaysia juga akan berpeluang menyaksikan dua kali gerhana bulan penuh tahun depan iaitu pada 31 Januari dan 28 Julai.

The post Gerhana bulan separa 7 Ogos appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian