Hampir RM5.8 bilion wang tak dituntut dalam simpanan

KUALA LUMPUR, 2 Zulkaedah 1438H, Rabu – Sebanyak RM5.779 bilion wang tak dituntut (WTD) masih berada dalam simpanan Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara selaku pemegang amanah.

Memberitahu perkara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, sehingga 30 Jun lalu, jumlah itu membabitkan lebih 55 juta rekod akaun seperti simpanan, semasa atau perniagaan sejak dari tahun 1977.

Jelas beliau, sebagai pemegang amanah, kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wang berkenaan dan sentiasa memastikan ia selamat dalam pegangan kerajaan sehinggalah ia dituntut.

“Dalam tempoh itu, wang berkenaan akan diurus mengikut tata cara kewangan yang berkuat kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan yang meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah serta strategi kerajaan dalam menyelesaikan permasalahan WTD di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Sehubungan itu Othman berkata, untuk menuntut wang berkenaan, sebanyak 25 kaunter Bahagian WTD disediakan di seluruh negara iaitu 13 di Semenanjung Malaysia; Sarawak (7) dan di Sabah (4) manakala sebuah kaunter baharu akan dibuka di Putrajaya.

“Individu yang terbabit perlu hadir sendiri ke mana-mana kaunter WTD untuk membuat semakan dan menuntut wang mereka,” katanya.

WTD ialah wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh tertentu, seperti ditetapkan Akta Wang Tak Dituntut 1965.

The post Hampir RM5.8 bilion wang tak dituntut dalam simpanan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian