Haram guna iklan kadbod wajah wanita: Mufti Perak

BANGI, 13 Syawal 1438H, Jumaat – Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menegaskan sebarang bentuk iklan yang memaparkan wajah serta tubuh wanita adalah haram.

Jelas beliau, pengharaman itu termasuk iklan kadbod, patung plastik atau yang seumpamanya, jika memperlihatkan wajah dan tubuh wanita, ianya haram di sisi agama Islam.

“Haram iklan berkenaan lebih-lebih lagi ia menjadi keghairahan. Penggunaan gambar wanita dalam kadbod dan patung juga tidak boleh.

“Sudah jadi benda negatif pula bila orang cium, pegang dan buat macam-macam kepada iklan itu,” katanya dipetik astro awani.

Ahad lalu, Shell sebuah syarikat pembekal bahan api dan petrol terkenal mengarahkan poster Nor Shafila yang mempromosikan bahan api ditarik balik serta merta.

Ia ekoran tindakan tidak bertanggungjawab segelintir individu lelaki yang melakukan perbuatan tidak bermoral ke atas poster Nor Shafila sehingga viral di media sosial.

Sebelum ini, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman juga ada menegaskan bahawa sasaran pelakuan tidak senonoh oleh lelaki-lelaki berkenaan adalah kerana Shell menggunakan wanita dalam iklannya.

Katanya, menggunakan wanita untuk melariskan jualan adalah perbuatan mengeskploitasi yang menyimpang daripada nilai kesucian wanita dalam Islam.

Bagaimanapun kenyataan Ustaz Abdullah diselar Ketua Wanita Parti Amanah Negara (PAN) apabila portal liberal Free Malaysia Today yang sering memutar belit isu berkaitan Islam mendakwa Dr Siti Mariah Mahmud berkata, tidak wanita yang menjadi model berkenaan tidak bersalah. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen yang menang di Parlimen Kota Raja atas tiket PAS pada 2013 tetapi bersikap mementingkan diri sendiri dengan menyertai PAN berkata, model wanita adalah satu pekerjaan.

“Bila masyarakat kita menerima taraf wanita sama dengan lelaki, maka kita tak boleh menghalang wanita daripada menjawat pekerjaan yang dianggap halal oleh masyarakat.

“Alhamdulillah, kita sudah dapat mendidik masyarakat secara beransur. Kalau dulu model wanita separuh bogel, kini sudah sopan,” katanya yang turut meminta Shell menaikkan semula iklan kadbod berkenaan. 

The post Haram guna iklan kadbod wajah wanita: Mufti Perak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian