Harga roti naik antara 5 sen dan 15 sen

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 20 Syawal 1438H, Jumaat – Harga beberapa roti berjenama dilapor naik antara lima sen hingga 15 sen sejak seminggu lalu.

Ismaweb.net difahamkan, syarikat milik roti dikatakan telah menghantar maklumat mengenai penyelarasan harga roti terbaru kepada semua peruncit di seluruh negara.

Menerusi tinjauan Ismaweb, pemilik kedai runcit di Kajang, Sukarno Maulana berkata, roti Gardenia 400g bagi paket kecil, harganya dinaikkan 10 sen dari RMm2.40 sebelum ini kepada RM2.50 sebungkus.

Bagi paket besar pula, harga asal sebelum ini RM3.40, kini dinaikkan kepada RM3.55 sen sebungkus.

Manakala, bagi 50gram pula harga dinaikkan lima sen kepada 90 sen sebungkus.

Bagaimanapun, harga bagi pelbagai jenis kek keluaran syarikat itu tidak dinaikkan.

Sukarno berkata, pelanggan yang biasa membeli roti rata-rata terkejut, meskipun cuma naik beberapa sen.

“Saya tak pasti apa punca kenaikan harga roti ini. Cuma sebagai peruncit kami hanya mengikut harga ditetapkan oleh pengeluar,” katanya.

The post Harga roti naik antara 5 sen dan 15 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian