Kumpulan pertama jemaah haji berlepas ke Tanah Suci

KUALA LUMPUR, 30 Syawal 1438H, Isnin – Kumpulan pertama (KT01) jemaah haji negara berlepas ke Tanah Suci dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada jam 5.50 pagi tadi.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim membuat pelepasan kumpulan pertama itu pada jam 3 pagi tadi dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya menaiki 10 buah bas menuju ke KLIA.

Beliau berkata, seramai 483 jemaah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad Abdulaziz di Madinah kira-kira jam 10 pagi (waktu Arab Saudi).

Abdul Azeez berkata, tahun ini, jemaah haji Malaysia berjumlah 30,200 akan bertolak secara berperingkat melibatkan 112 penerbangan ke Tanah Suci dengan penerbangan terakhir pada 26 Ogos.

“Sebelum ini kita sudah menghantar 209 petugas bagi menguruskan persiapan untuk jemaah haji termasuk penginapan serta membuka pejabat operasi di Madinah,”katanya kepada pemberita.

Kesemua jemaah haji negara dijadualkan pulang ke tanah air pada 7 September, manakala penerbangan terakhir dari Arab Saudi ialah 4 Oktober depan.

The post Kumpulan pertama jemaah haji berlepas ke Tanah Suci appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian