Pelajar perempuan mangsa buli terbaharu

KOTA KINABALU, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Satu rakaman video pelajar perempuan dibelasah sekumpulan pelajar mengejutkan orang ramai setelah tular di laman sosial sejak malam semalam.

Video itu menunjukkan mangsa yang memakai tudung berwarna hitam dikelilingi oleh sekumpulan pelajar perempuan sebelum ditumbuk salah seorang daripadanya.

Beberapa lagi pelajar perempuan turut campur tangan dan menumbuk serta menendang mangsa bertubi-tubi.

Mangsa dilihat merayu supaya dilepaskan agar masalah mereka dapat diselesaikan cara baik namun tidak diendahkan malah mangsa terus dipukul.

Pergaduhan itu tidak dileraikan malah ada yang ketawa dan tak kurang juga sibuk merakam pergaduhan tersebut dengan menggunakan telefon bimbit.

Video tersebut menerima kritikan hebat dari netizen yang rata-ratanya menyeru agar pihak berkuasa menyiasat kejadian ini secepat mungkin.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Mohd Nasarudin M Nasir berkata polis menerima laporan daripada ibu bapa pelajar berkenaan, sehari selepas kejadian.

Bagaimanapun, motif dan punca kejadian masih dalam siasatan.

The post Pelajar perempuan mangsa buli terbaharu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?