Pembelian hotel FIC: Tiga individu ditahan

BANGI, 6 Zulkaedah 1438H, Ahad – Tiga individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Sarawak.

Memetik laporan portal liberal, sumbernya sebagai berkata, dua suspek berusia antara 47 dan 51 tahun itu ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya semalam, ketika hadir untuk memberi keterangan.

Kedua-dua mereka merupakan pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel berkenaan.

Tidak lama selepas penangkapan dua individu berkenaan, seorang lagi suspek berusia 57 tahun ditahan di pejabat SPRM Kuching.

Suspek ketiga itu merupakan pengarah syarikat yang memiliki hotel empat bintang di Kuching itu.

Siasatan awal SPRM mendapati pengarah syarikat terbabit melantik ejen berkenaan untuk menguruskan pembelian hotel itu.

Penahanan tiga individu itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani.

The post Pembelian hotel FIC: Tiga individu ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?